PADA suatu hari Rasulullah SAW duduk bersama sahabatnya dan bertanya kepada mereka. Bermula di tanyakan kepada Sayyidina Abu Bakar RA: “Apa yang kamu suka dari dunia ini?”
Dan berkatalah Sayyidina Abu Bakar RA.
“Aku suka dari dunia ini 3 perkara:
1. Duduk-duduk bersamamu, ya Rasulullah.
2. Melihat wajahmu, ya Rasulullah.
3. Aku korbankan hartaku untukmu, ya Rasulullah”.
Lalu Rasulullah SAW bertanya pada sayyidina Umar bin Khattab RA. “Bagaimana pula denganmu, ya Umar?”
Jawab Sayyidina Umar RA, “Ada 3 perkara juga yang aku suka:
1. Membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
2. Mencegah kemungkaran wlaupun dalam keadaan terang-terangan.
3. Berkata yang benar walaupun pahit”.
“Dan bagaimana pula denganmu, wahai Utsman?”
Berkata Sayyidina Utsman bin Affan RA. “Ada 3 perkara yang aku suka:
1. Memberi makan.
2. Memberi salam.
3. Sholat malam di waktu manusia tidur”.
“Bagaimana pula dengan kamu wahai Ali ?”
Jawaban Ali bin Abi Thalib, “Aku juga cinta 3 perkara:
1. Memuliakan tamu.
2. Berpuasa di musim panas.
3. dan memukul musuh dengan pedang”.
Kemudian Rasulullah SAW bertanya pada Sayyidina Abu Dzar RA. “Apa yang kamu suka di dunia ini?”
Berkata Sayyidina Abu Dzar RA: “Aku suka 3 perkara di dunia ini:
1. Lapar.
2. Sakit.
3. Mati”.
Kemudian Rasulullah bertanya, “Kenapa wahai, Abu Dzar?”
Berkata Sayyidina Abu Dzar RA. “Aku suka lapar karena untuk membersihkan hati. Aku suka sakit kerana untuk mengurangi dosaku. Aku suka mati karena untuk bertemu Tuhanku.”
Kemudian bersabdalah Rasulullah SAW, “Aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:
1. Wangi-wangian.
2. Wanita yang solehah.
3. Sholat menjadi penyejuk mataku.”
Kemudian di waktu itu turunlah Malaikat Jibril AS memberi salam pada rasulullah SAW dan para sahabat.
Kemudian malaikat Jibril mengatakan “Aku suka di dunia kamu ini 3 perkara” :
1. Menyampaikan risalah.
2. Menunaikan amanah.
3. Cinta terhadap orang miskin”.
Kemudian Malaikat Jibril naik ke langit dan turun sekali lagi ke bumi dan berkata, “Sesungguhnya Allah SWT mengucapkan salam kepada kamu semua dan Allah SWT berkata sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:
1. Lidah yang sentiasa berzikir.
2. Hati yang sentiasa khusyuk.
3. Jasad yang sabar menanggung ujian.
Subhanallah… Semoga kelak kita bersama Rasulullah SAW dan Para sahabatnya dan mendapat ridho Allah serta surganya dengan tanpa hisab. Aamiin… []
Sumber: www.facebook.com/AhmadZuhudID/