KETIKA Rasulullah Israk dan Mikraj dengan mengendarai Buraq dengan disampingi oleh malaikat Jibril, tiba-tiba baginda melihat jin Ifrit yang mengejar baginda dengan semburan (energi) api.
Setiap Nabi menoleh baginda melihat jin Ifrit itu terbang mengekori untuk mencelakakan Nabi ﷺ dengan terus-menerus menyemburkan (energi) api dari peralatan obor yang d ibawah Jin Ifrit itu.
Kemudian Jibril berkata: “Tidakkah aku ajarkan kepada anda beberapa kalimat, jika anda baca maka akan memadamkan apinya dan terbalik kepada wajahnya lalu dia binasa (hancur lebur)?”
Kemudian Jibril AS memberitahukan doa tersebut kepada Rasulullah.
Doanya yang bermaksud : “Aku berlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan Kalimat-Kalimat Allah yang Sempurna yang tidak ada “melampauinya” segala kebaikan mahupun keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan dari kejahatan fitnah di malam dan siang hari dan dari kejahatan jalan-jalan dimalam dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilalui dengan kebaikan, wahai yang Maha Penyayang.”
BACA JUGA: Bukan Jin Ifrit yang Memindahkan Singgasana Ratu Saba
Setelah Nabi Muhammad ﷺ membaca doa tersebut, maka jin Ifrit yang mengekori baginda jatuh tersungkur lalu binasa dan obornya padam.” (HR. Bukhari)
Kesimpulan yang dapat diambil dari kisah ini adalah:
1. Jin dapat Terbang.
2. Jin mempunyai teknologi canggih di alamnya (Obor yang boleh) menyemburkan api yang dapat membakar tubuh manusia)
3. Jibril menjadi pelindung kepada Rasulullah ﷺyang mendampingi baginda lalu memberikan petunjuk dan arahan pada Baginda Nabi ketika bertempur dengan Jin Afrit.
4. Doa boleh menjadi senjata untuk menghancurkan jin
Rasulullah ﷺ bertempur dengan jin ketika Solat.
“Sesungguhnya syatan merintangiku dan berbuat kasar kepadaku untuk merosak solatku, namun aku diberi kekuatan oleh Allah untuk mengalahkannya hingga aku pun mencekiknya. Sungguh muncul dalam diriku keinginan untuk mengikatnya pada salah satu tiang di masjid hingga pagi agar kamu dapat menyaksikannya. Namun tiba tiba aku teringat ucapan saudaraku, Sulaiman, “Ya Tuhanku ampunilah aku dan berikanlah aku kerajaan ang tak layak buat seorangpun sesudahku” (QS Shad:35, Sy). Maka Allah pun menolaknya dalam kehinaan “. (HR Al Bukhari dan Muslim. Lihat shahih Al Bukhori Juz 1 Halaman 209 dan shahih Muslim Juz 1 Halaman 242)
An-Nasa`i meriwayatkan atas syarat (perawi) al-Bukhari, dari Aisyah radhiyallahu ‘anha: ‘Sesungguhnya Nabi ﷺ solat, lalu syaitan datang, maka baginda memegangnya, menjatuhkannya, lalu mencekiknya. Rasulullah ﷺ bersabda:
– (( حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ لِسَانِهِ عَلَى يَدِي, لَوْلاَ دَعْوَةُ سُلَيْمَانَ لَأَصْبَحَ مُوْثَقًا حَتَّى يَرَاهُ النَّاسُ ))
‘Hingga aku merasakan dingin lisannya di atas tanganku. Kalau bukan kerana doa nabi Sulaiman nescaya ia tetap diikat hingga orang-orang melihatnya.” [Ibnu Hibban 2350, an-Nasa`i dalam al-Kubra 11439, ath-Thabrani dalam al-Ausath 8219]
Dan diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari hadis Abu Sa’id t, dan padanya: ‘Aku menurunkan tanganku, aku tetap mencekiknya hingga aku merasakan dingin air liurnya di antara dua jemariku ini iaitu ibu jari dan yang di sampingnya (telunjuk).’
“Rasulullah ﷺ berdiri melakukan solat lalu kami dengar baginda mengatakan “Aku berlindung kepada Allah darimu”. Setelah itu baginda mengatakan: “Aku melaknat kamu dengan laknat Allah” sebanyak tiga kali seraya menjulurkan tangannya seakan akan baginda menggapai sesuatu. Ketika baginda telah selesai solat, kami bertanya: “Ya Rasulullah, tadi kami mendengar engkau mengucapkan kata – kata yang belum pernah kami dengar dari engkau mengucapkan itu sebelumnya dan kami pun melihat engkau mengulurkan tanganmu.”
Rasullullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya musuh Allah, iblis datang membawa obor api hendak diletakkan diwajahku, lalu aku berkata: “Aku laknat engkau dengan laknat Allah yang sempurna”. maka iblispun mundur sebanyak tiga langkah. Aku bermaksud menangkapnya. Demi Allah sekiranya bukan kerana doa saudaraku Sulaiman, nescaya pagi harinya ia benar – benar terikat dan dapat dijadikan mainan anak – anak Madinah.” (HR Muslim Juz 1 Halaman 244)
Kesimpulan yang dapat diambil dari kisah ini adalah :
1. Jin dapat mengganggu manusia ketika solat
2. Jin dapat dikalahkan dalam pertempuran jarak dekat
3. Jin dapat disakiti / dicekik
4. Air liur Jin itu dingin
5. Sahabat Nabi tidak melihat bahwa Baginda sedang berkelahi dengan jin (jinnya berbentuk ghaib) maka manusia boleh menyakiti jin walaupun jin berwujud ghaib.
6. Iblis dapat membakar manusia dengan energi api
7. Doa ruqyah yang dibacakan dapat membuat Iblis mundur dan dikalahkan.
8. Jin dapat diikat dan dapat terlihat manusia hingga boleh menjadi maninan anak-anak Madinah.
BACA JUGA: Hewan-Hewan yang Bisa Melihat Jin
Dalam kisah yang lain seorang sahabat Abu Hurairah yang menjaga Baitulmal pernah menangkap beberapa kali syaitan yang menyamar seperti orang tua yang miskin yang mencuri buah kurma. Apabila nak di bawa kpd Nabi ﷺ si syaitan ini memberikan ayat Kursi untuk diamalkan sebelum tidur akan terlindung dari ganggun syaitan semasa tidur. Ada pengamal perubatan islam yang boleh tangkap jin berbentuk ghaib di masukkan ke dlm botol masih boleh di pertikaikan kerana kita sendiri tak nampak.
Sedangkan Nabi ﷺ sendiri yang mampu tidak lakukan kerana menghormati doa Nabi Sulaiman a.s. Jika halau dan bakar jin yang menganggu boleh terjadi kerana ayat2 al – Quran mempunyai mukjizat yang tersendiri.
Mengislamkan pernah terjadi kpd jin kafir yang merasuk si sakit dan pujuk supaya dia keluar adalah cara yang biasa di lakukan oleh pengamal perubatan islam. []
SUMBER: ALHIDAYAH72