SHALAT yang paling afdal selepas shalat fardu adalah shalat tahajjud. Shalat tahajjud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Shalat tahajjud juga dikenali juga sebagai qiyamulail.
Shalat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam karena Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan shalat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.
BACA JUGA: Lupa dalam Shalat, Lakukanlah Sujud Sahwi
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan shalat tahajjud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam. Begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.
Firman Allah SWT maksudnya : “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “Solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji,” (QS. al-Israa’: 79)
Selain dari shalat tahajjud, shalat yang dituntut adalah shalat-shalat sunat yang lain :
1. Shalat Witir.
2. Shalat Duha.
3. Shalat Sunat Rawatib.
4. Shalat Tasbih.
5. Shalat Istikharah.
6. Shalat sunat ketika masuk dan keluar rumah.
BACA JUGA: Shalat Tahajjud, Ini Dia Tata Cara dan Waktunya yang Paling Tepat
7. Shalatselepas berwudhu.
8. Shalat Hajat.
9. Shalat Taubat.
10. Shalat Tahyatul Masjid. []
Sumber: 62 Amalan Pembuka Pintu Syurga/Karya: Abdullah bin Ali Al-Ju’aistin/Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i