PADA suatu hari Abu Hurairah sedang membersihkan hidungnya dengan sehelai saputangan yang bagus.
Kemudian dia berujar seorang diri. “Ah, lihat akan Abu Hurairah, dia membersihkan hidungnya dengan sehelai sapu tangan yang bagus.
“Teringat aku semasa aku biasanya berbaring di antara mimbar dengan rumah Nabi.
BACA JUGA: Jawaban Abu Hanifah Ketika Ditanya soal Allah
“Orang menyangka aku menghidap penyakit sawan. Tetapi sebenarnya aku sedang menderita kelaparan.”
Abu Hurairah mengalami kelaparan selama beberapa hari. Kadang-kadang kelaparan yang dihadapinya begitu dahsyat hingga ia jatuh pingsan.
Orang yang melihat keadaannya menyangka ia terkena penyakit sawan.
Pada masa itu penderita-penderita penyakit sawan diubati dengan meletakkan kaki di lehernya. Penderitaan Abu Hurairah ini berlaku semasa Islam muncul di Tanah Arab.
BACA JUGA: Ini Sebabnya Abu Hurairah Jadi Salah 1 Sahabat Nabi yang Menghafal Paling Banyak Hadist
Apabila Islam telah tersebar dengan luasnya, keadaan hidupnya agak membaik sedikit. Dia merupakan seorang yang sangat wara dan suka menunaikan shalat-shalat nafilah.
Abu Hurairah mempunyai sebuah uncang yang penuh dengan biji-biji buah tamar yang digunakan untuk berzikir.
Di rumahnya sentiasa terdapat orang yang sibuk shalat. []