ABU Nuaim melaporkan dari Abu Rafa’, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam berkata, “Wahai Abu Rafa, bagaimana sekiranya kamu ditakdirkan dalam keadaan miskin?”
“Apakah aku tidak dapat bersedekah pada waktu itu?” Abu Rafa’ menjawab, sekaligus bertanya.
“Benar. Berapakah uang yang kamu miliki sekarang?” Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam bertanya.
BACA JUGA: Abu Thalhah Larang Rasulullah Berdiri Tegak di Medan Uhud
“40 ribu dirham. Semuanya milik Allah.”
“Tidak, berikan sebahagian darinya dan simpan sebahagian lagi, serta berbuat baik kepada anak kamu.”
“Wahai Rasulullah, apakah itu termasuk hak mereka ke atas kami, sebagaimana hak kami ke atas mereka?”
“Benar, hak anak kepada orang tua adalah mendapat pengajaran Al-Quran, memanah, dan berenang.”
“Namun, bila aku akan miskin, wahai Rasulullah?”
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Selepas aku.”
Abu Sulaim berkata bahawa beliau melihat Abu Rafa menjadi miskin selepas Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam meninggal dunia, sehingga beliau duduk di suatu tempat, lalu berkata, “Siapakah orang yang mau memberi sedekah kepada orang tua yang buta? Siapakah orang yang mau memberi sedekah kepada lelaki yang diberitahu oleh Rasulullah, dia menjadi miskin selepas Baginda meninggal dunia? Siapakah yang akan memberi sedekah? Ini karena, tangan Allah berada di atas, tangan orang yang memberi berada di tengah, dan tangan orang yang meminta berada di bawah. Tidak halal memberi sedekah kepada orang yang mampu, kuat, dan memiliki anggota badan yang sehat.”
BACA JUGA: Kabar Terbunuhnya Rasulullah SAW di Perang Uhud
Abu Sulaim berkata lagi, beliau melihat seorang lelaki memberi uang sebanyak 40 dirham kepada Abu Rafa’. Namun, beliau mengembalikan satu dirham.
Lelaki itu berkata, “Wahai hamba Allah, apakah kamu tidak menginginkan sedekah aku?”
Lalu, Abu Rafa’ menjawab, “Rasulullah melarang aku menyimpan uang yang lebih.” []
Sumber: Selembut Hati Rasulullah/Karya: Miftahul Asror Malik/Penerbit: PTS Islamika/2013