BETAPA luar biasanya ganjaran sedekah.
Coba lihatlah firman Allah, “… Wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku sedikit waktu lagi, supaya aku dapat bersedekah,” (Surah al Munafiqun : 10). Sedangkan dia tidak berkata, “Supaya aku dapat mengerjakan umrah” atau “Supaya aku dapat shalat ” atau “supaya aku dapat berpuasa”?
Seorang ulama berkata, “Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan karena kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.”
Maka hendaklah kamu perbanyak sedekah karena sesungguhnya seorang mu’min akan berada di bawah teduh pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.
Bersedekahlah untuk saudaramu yang telah meninggal dunia karena sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh.
BACA JUGA: Hukum Rajin Sedekah, tapi Lupa Nafkahi Keluarga
Oleh karena itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak-anak kita supaya membiasakan diri dengan bersedekah.
Bersedekahlah. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah.
Adakah Anda pernah membaca tentang ganjaran sedekah?
1. Ganjaran Sedekah: Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu dari pintu-pintu syurga.
2. Ganjaran Sedekah: Sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan.
3. Ganjaran Sedekah: Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka.
4. Ganjaran Sedekah: Sedekah dapat memadamkan kemurkaan Allah dan panasnya kubur.
5. Ganjaran Sedekah: Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kuburan dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (karena bersedekah).
6. Ganjaran Sedekah: Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.
7. Ganjaran Sedekah: Sedekah adalah puncak kegembiraan si pemberi dan puncak wajahnya bercahaya di hari kiamat.
8. Ganjaran Sedekah: Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan karena hilangnya sesuatu darinya (hari kiamat).
9. Ganjaran Sedekah: Sedekah menjadi puncak keampunan terhadap dosa dan penghapusan dari kejahatan.
10. Ganjaran Sedekah: Sebagai pembawa berita gembira tentang akhir yang baik dan puncak doa malaikat buatnya.
11. Ganjaran Sedekah: Orang yang bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia.
12. Ganjaran Sedekah: Pahala sedekah juga adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi).
13. Ganjaran Sedekah: Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar.
14. Ganjaran Sedekah: Orang yang suka berinfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.
15. Ganjaran Sedekah: Dan sedekah menjadi puncak lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.
16. Ganjaran Sedekah: Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati.
17. Ganjaran Sedekah: Bersedekah memustajabkan doa dan memecahkan segala kesulitan.
BACA JUGA: Sedekah tanpa Uang, Ini Caranya
18. Ganjaran Sedekah: Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.
19. Ganjaran Sedekah: Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi puncak rezeki dan kemenangan.
20. Ganjaran Sedekah: Sedekah menjadi obat, penawar dan penyembuh.
21. Ganjaran Sedekah: Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian.
22. Ganjaran Sedekah: Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeda-beda) walaupun diberikan kepada hewan ternak atau burung-burung. []
Sumber: Kitab Ziarah ke Alam Barzakh / Al Imam Jalaluddin As-Suyuti