PADA suatu hari Ali bin Abi Thalib pulang dari rumah Rasulullah ﷺ dan didapatinya Fatimah isterinya sedang memintal dan Salman Al-Farisi sedang memisahkan-misahkan bulu binatang ternak.
Ketika sampai di rumah, Ali bin Abi Thalib berkata kepada Fatimah :”Ya Fatimah, adakah pada hari ini engkau mempunyai makanan untuk aku?”
“Demi Allah aku tidak mempunyai apa-apa akan tetapi aku punya wang enam dirham sebagai upahku yang diberikan oleh Salman Al-Farisi dan uang ini untuk membeli makanan Hassan dan Hussien,” jawab Fatimah.
Lalu Ali bin Abi Thalib berkata: “Wahai isteriku, berikanlah uang itu kepadaku.”
Kemudian Fatimah pun memberikan uang itu kepada Ali bin Abi Thalib.
BACA JUGA: Saat Ali bin Abi Thalib Melamar Fatimah binti Muhammad
Ali bin Abi Thalib pun keluar rumah untuk membeli makanan.
Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang lalu berkata :”Siapakah yang mahu memberikan uang kepada Allah dengan uang yang baik?”
Maka Ali bin Abi Thalib pun memberikan uang itu kepada orang itu lalu ia pulang dengan hampa.

Ketika Faimah melihat suaminya, Ali bin Abi Thalib pulang tidak membawa apa-apa. Lalu Fatimah menangis.
Ali bin Abi Thalib berkata: “Wahai perempuan yang mulia, mengapa engkau menangis?”
Jawab Fatimah: “Aku menangis kerana engkau pulang tidak membawa apa-apa.”
Kemudian Ali bin Abi Thalib berkata: “Ya Fatimah, uang itu aku pinjamkan kepada Allah.”
Kemudian Ali bin Abi Thalib pergi menuju rumah Rasulullah ﷺ.
Di dalam perjalanan beliau bertemu dengan seorang Arab dusun.
Orang Arab dusun berkata: “Hai ayah Hassan, belilah unta ini.”
Ali bin Abi Thalib menyatakan bahwa dia tidak mempunyai uang untuk membeli unta itu.
Setelah dibujuk oleh orang Arab dusun itu, akhirnya Ali bin Abi Thalib membeli unta itu dengan harga hutang 100 dirham.
Apabila Ali bin Abi Thalib telah membeli unta itu dengan harga 100 dirham beliau berjumpa dengan Orang Arab dusun ke-2 yang ingin membeli unta yang dibelinya itu.
Akhirnya Ali bin Abi Thalib menjualnya dengan harga 300 dirham.
Orang Arab dusun ke-2 membayarnya tunai.
Kemudian Fatimah berkata: “Wahai suamiku, sungguh engkau telah mendapat rahmat daripada Allah SWT.”
Kemudian Ali bin Abi Thalib pergi ke rumah Rasulullah ﷺ.
Rasulullah ﷺ melihat Ali bin Abi Thalib dengan wajah yang tersenyum dan berkata: “Apakah engkau yang akan menceritakan kepadaku atau aku yang akan menceritakan kepadamu?”
Kemudian Ali bin Abi Thalib berkata: “Engkaulah Rasulullah ﷺ yang harus menceritakan lebih dahulu kepadaku.”
Lalu Rasulullah ﷺ berkata :”Hai Ali, tahukah engkau siapa orang Arab dusun yang menjual unta kepadamu dan orang Arab dusun yang membeli untamu?”
Ali bin Abi Thalib menjawab: “Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”

Maka berkatalah Rasulullah ﷺ: “Beruntunglah engkau hari ini kerana engkau memberikan pinjaman kepada Allah 6 dirham dan Allah memberimu 300 dirham. Kalau kau perlu tahu bahawa orang Arab dusun yang pertama itu adalah Malaikat Jibrail as dan orang Arab dusun kedua itu adalah Malaikat Mikail as.”
BACA JUGA: 4 Nasihat Ali bin Abi Thalib pada Hasan, Anaknya
Demikianlah kisah ini, bahawa hikmah bersikap sabar dan bersedekah yang dimiliki oleh keluarga Ali bin Abi Thalib yang serba kekurangan mereka tetap sabar mengharungi kehidupannya. Walaupun serba kekuranganm dia tetap selalu mengabdikan diri kepada Allah SWT dan selalu bersedekah mencari keridhaan Allah SWT.
Demikianlah sikap dan kehidupan Ali bin Abi Thalib yang perlu dijadikan contoh oleh kita sekalian. Hendaklah kita selalu bersikap sabar dan bersedekah walaupun serba kekurangan. Janganlah kita angkuh dan sombong. Tetapi jadikanlah sifat sabar itu sebagai pegangan dalam kehidupan. Bukankah Allah menyukai terhadap hamba-hamba-Nya yang sabar? []
Sumber: Kisah Motivasi Hidup tenteram dan Bahagia