5. RASUKAN
SATU lagi ciri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa ghaib hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa ghaib di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi SA.W. bersabda yang maksudnya:
“Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah”.
6. SAKA ( KETURUNAN )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan pesakit. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang terdahulu. Dan diturunkan kepada generasi kemudian tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.
Setiap penyakit ada obatnya. Begitu juga perbuatan sihir yang dilakukan oleh bomoh dengan perantaraan jin kafir atau syaitan boleh diatasi dan di ubati penyakit tersebut.
BACA JUGA: Sihir di Kalangan Penduduk Babilonia (1)
Cara-cara mengatasi gejala sihir adalah seperti berikut :
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir.
Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad S.A.W. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Quran yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad S.A.W. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir in shaa Allah.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
Di dalam kitab zikir al-Mathurat karangan al-Imam Syahid Hassan al-Banna ada dihimpunkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa sahih yang diajarkan oleh Rasulullah SAW untuk membina kekuatan rohani dan menghalang daripada gangguan sihir.
Lindungilah diri kita juga dengan :
1. Banyak-banyakkan berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh Nabi Muhammad SAW umpamanya Zikir Al-Mathurat.
2. Menyebut nama Allah SWT dalam setiap pekerjaan.
3. Menyebut nama Allah SWT setiap kali masuk ke dalam tempat yang gelap.
4. Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
5. Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
6. Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
7. Jangan membunuh ular yang masuk ke dalam rumah sewenang-wenangnya.
8. Jangan mendedahkan aurat kasar di dalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana ditakuti timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita berkenaan.
BACA JUGA: Sihir di Kalangan Penduduk Babilonia (2-Habis)
Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah SWT. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mhupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan ayat-ayat Allah (al-Quran) itu sebesar-besar penawar. Oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan akidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin-jin kafir dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin kafir yang tidak beramal dengan petunjuk Allah SWT.
Kita semua berhak melindungi diri daripada terkena sihir. Ibarat kita semua berhak memandu kereta juga berhak untuk mengelak dari sebarang malapetaka ataupun tragedi. Kita berhak untuk hidup di dunia ini justeru juga berhak menangkis dan menepis semua perbuatan ghaib yang jahat daripada menimpa diri kita semua. Beramallah dengan ajaran Islam dan sunah Rasulullah SAW dan jangan tinggalkan doa-doa perlindung daripada gangguan syaitan yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada kita semua. []
Sumber: The Educational System in Islam /Karya: Arief Rachman /Penerbit: Pustaka Zahra
Habis.