SUATU hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki).
Imam Al-Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua (ibu bapa)
Murid 2: Guru.
Murid 3: Teman.
Murid 4: Kaum kerabat.
Imam Al-Ghazali: Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah MATI. Sebab itu memang janji Allah, setiap yang bernyawa pasti akan mati.
BACA JUGA:Â 9 Nasihat Imam Al-Ghazali untuk Orang Kaya
Imam Al-Gazali: Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1: China
Murid 2: Bulan
Murid 3: Bintang
Murid 4: Matahari
Imam Al-Ghazali: Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling jauh adalah MASA LALU. Oleh sebab itu, kita harus menjaga hari ini, hari esok & hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.
Imam Al-Ghazali: Apakah yang paling besar di dunia ini?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Murid 4: Gajah
Imam Al-Ghazali: Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (surah Al-A’raf:179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa kita ke neraka.
Imam Al-Ghazali: Apakah yang paling berat di dunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Murid 4: Kapal
Imam Al-Ghazali: Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalah MEMEGANG AMANAH. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung & malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi pemintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.
Imam Al-Ghazali: Apakah yang paling ringan di dunia?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
BACA JUGA:Â Â 6 Nasihat Imam al-Ghazali
Imam Al-Ghazali: Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita / urusan dunia, kita tinggalkan solat.
Imam Al-Ghazali: Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid-murid beliau dengan serentak menjawab: Mata pedang!
Imam Al-Ghazali: Jawaban itu benar, tetapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati & melukai hati & perasaan saudaranya sendiri. []
Sumber: Diari Muslimah 2012 1433-1434H | bicarasantai2011